Thursday, January 10, 2013

All My Bags Are Packed, I'm Ready to Go

As mentioned here, I was entitled to get a Parkson RM50 Voucher during my birthday month. Ini salah satu privilege of being a BonusLink card member lah. Senang je, just tunjuk IC, BonusLink card and email printout kat Customer Service Counter. Syaratnya it's valid with a purchase of RM250 and above in a single receipt. Kebetulan aku memang nak purchase some things from Parkson last month so I did go and redeem the voucher. RM50 tu beb, sapa nak bagi kan?



So, berbekalkan voucher tersebut, kami telah berjaya mendapat (extra) diskaun RM50 untuk membeli 2 bijik 28" luggage bags jenama Eminem Eminent.  Kenapa dua? Sebab satu tak cukup. Eh. Sebab memang perlukan dua luggage besar sebab selama ni dok pakai 2 bijik 20" luggages je untuk travel dekat-dekat. Beli 32" karang besar dan berat sangat lak, plus dikira sebagai oversized baggage (macam waktu aku pegi NZ dulu - dah rosak dah pun begnya). It's a Taiwanese brand tapi widely used all over the world. Aku memang dah lama aim beg ni, and though tak dapat warna yang dikehendaki (had purple and black in mind) tapi puas hati sebab beli gak akhirnya atas sebab keperluan (uisehhhh). Soooo, why these Eminent luggage?

  • soft-case, hence, LIGHTWEIGHT (top priority)
  • 4 wheels (second priority - senang nak gerakkan ke sana sini tak kira berat)
  • warranty 3 tahun (cover kerosakan zip, lock and wheels)
  • ada TSA lock (so nak pegi US nanti senang - entah bila agaknya tu)
  • high quality materials dan yang penting, AFFORDABLE (sebab nak beli dua kan)

So, thanks to Parkson/BonusLink sebab bagi the voucher sempena birthday in addition to the already discounted prices for the luggage.. Now, we are ready to pack for ................................... !! Nak pegi mana ye? Hahaha.. nantikan, tak lama lagi dahhh :-)

Wednesday, January 9, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Seafood Galore

Sapa suka makan seafood sila angkat keyboard! Ape kaitan seafood dengan keyboard itu aku tak pasti tapi sekali-sekala marathon makan seafood memang best! Lokasi yang diterjah kali ni tak lain dan tak bukan di Pantai Jeram, Kuala Selangor (about an hour's drive from KL). Ini thanks to my bro yang perkenalkan sebab dia keje di Kuala Selangor. Kalau tak, aku pun tak tau kewujudan tempat ni, especially lokasinya yang agak ke dalam - maklumlah tepi laut kan. Seafoodnya memang fresh gitu. 

FYI, ada dua restoran makanan laut yang femes kat Jeram ni iaitu Aroma dan Medan Ikan Bakar Jeram. Dedua pun okay tapi kalau nak lebih selesa, servis cepat, makanan sedap dan harga walaupun sedikit mahal tapi okay, silalah ke Aroma - tak silap aku restoran ni pernah masuk JJCM so tak dapat dinafikan memang tip top tempatnya, lengkap dengan ruang makan yang besar, parking yang luas, tandas serta surau. So far, servisnya still okay walaupun ramai orang, tapi kalau nak lagi cepat, better datang on weekdays la coz tempat ni memang tumpuan ramai pada hujung minggu. In fact, waktu kitorang pegi tu ada 2 bas persiaran yang turunkan penumpang untuk makan di Aroma!

Muka insan-insan yang sedang kelaparan...

Ikan pari bakar - SODAPPPPPP!!

Butter prawns - TERANGKAT BEB!

Ketam masak cili - MAKAN TAK TENGOK KIRI KANAN DAH!

Sotong celup tepung - NEED I SAY MORE??



IMO, memang berbaloi rasanya makanan yang dihidangkan dengan harganya dalam RM 100 gitu termasuk air dan nasi. Itupun kami berusaha keras untuk menghabiskan semua lauk-pauk tu! Terbaiklah Aroma! Will definitely go there again!!

Monday, January 7, 2013

I ♥ My Cats!

My life would be incomplete without my 'furry children'. Gelagat diorang sangat menghiburkan dan kitorang tak pernah rasa penat melayan kerenah diorang. In fact, boleh hilang stress dan lupa masalah for a while.

Beg aku jugak jadi bantal ko ye Berry??




Setiap pagi dorang akan mengiau depan pintu bilik kitorang suruh kitorang bangun (hehe) and when I go anywhere in the house like the living room or the kitchen, they will follow suit. Sometimes it's because they want food but most of the times, they just want the company. When I'm cooking in the kitchen, they never disturb me, instead they will just lie on the floor and stare at me, which is kinda sweet and NOT creepy at all.




Besides that, setiap kali aku balik kerja, diorang akan tunggu depan pagar, dan kalau ada yang pergi jenjalan, diorang akan balik juga time tu. Sweet kan? Kadang-kadang macam ada this inexplicable connection dengan diorang. In fact, aku enjoy sangat 'berbual' dengan diorang from time to time, seolah-olah diorang faham apa yang kitorang sembangkan. Tak kisahlah if it's a one-way communication whatsoever. Kalau panggil nama diorang, kalau pun diorang tak toleh, telinga diorang akan bergerak seolah-olah diorang dengar tapi don't bother to look or respond to our calls (haha)





One thing yang aku perhatikan, they are very curious. Well you know what they say, 'curiosity killed the cat' haha.. Kalau aku baru balik dari grocery shopping, diorang akan berkerumun dekat the shopping bags kononnya buat QC la haha.. Tu belum masuk bab lauk-pauk lagi. Pantang aku letakkan any dishes on the table, sibuk nak buat QC jugak. Sabar je lah!

Semua dok pakat duduk kat tangga takmo bagi kitorang turun!

Camne nak tanda kertas ni??

Bestnya tido reramai!

Dulu ada 2 ekor je - sepasang, sekarang ni dah berkembang dan setelah ditolak tambah yang dah di let go, makanya tinggal 7 ekor je (4 kittens, 3 adults). Bila dikira-kira balik, dalam Kalau nak ikutkan hati, memang nak simpan semua coz COMEL sangat tapi tak mampu lah dari segi tenaga (bersihkan litterbox/cage/mandikan) and of course, money (food/cat litter/medical care).

Tomeyyy sesangat rasa nak picit-picit jek!

Ni style apa ni?

Penat le tu tido tak tengok kiri kanan dah!

Selagi ada kudrat dan tak memudaratkan seisi rumah, kitorang akan bela diorang sampai bila-bila, insyallah!

Fiffy yang super duper gebu serta montok! Eh.

Salah satu kitten yang di let go. Memang sengaja tak bagi nama sebab takut sedih plak waktu berpisah tu.

Sunday, January 6, 2013

My 2Xth Birthday

Rasanya masih tak terlewat kot nak buat entry pasal my birthday last year? Wahhhh, last year gitu.. padahal baru bulan lepas.. terasa semakin tua plakkkk.. eh, mak still muda hokeh, sekian. 

Anywayssssss, as usual, birthday aku memang simple je tetiap tahun dari jaman sekolah ke jaman uni ke jaman kerja - jarang sangat nak sambut dekat sekolah or uni ke opis ke hape coz maklumlah asal birthday je cuti, asal cuti je birthday, eh, so kadang-kadang orang lupa pun birthday yours truly ni. Cuma sekarang ni canggih sikit la coz ada birthday reminder kat hujung atas kanan Facebook tu kennn, itupun kalau orang rajin nak tengok atau bother nak wish orang yang berkenaan. Itulah cerita sedih saya setiap kali birthday sob sob sob

Untuk tahun 2012, alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk menyambut hari lahir yang ke 2X. Terima kasih lah kat family and friends for your beautiful birthday wishes (and presents) ye.. may Allah bless us all. The highlights of the day were:

Birthday cake and card and xoxo as the clock strikes midnight. 





Birthday dinner at my favourite restaurant, Ole-ole Bali






Watching The Hobbit at my favourite cinema - TGV's Beanie Plex (loving the bean bags!!)


Dan tak lupa, birthday presents!! ;-)



Jam saya rosak so encik hubby pun belikan saya jam ni :-)

Hadiah ni ngelat sikit coz dapat a few months awal sebab gedik sangat nak guna hehe (refer here)

Thank you hubby for making my birthday all the more special! I'm such a lucky girl.. Love ya to bits!! ❤❤

Anyways, pada weekend minggu yang sama, kami adik-beradik pakat buat makan-makan and BBQ at my bro's place - kebetulan bro and fiancee sambut birthday bulan November and my other bro pulak sambut his a few days before mine. Memang sangat happening! Thanks jugak to my BFFs, Sue and Fasha yang banyak tolong on that day.. love you guys, muahhh! ^^

Happy birthday to us!

Fuhhhhhhh!

Ni makan ke mentekedarah??

Birthday tahun 2013 camne pulak? Kita tungguuuuuuu.........

Saturday, January 5, 2013

Ovulasi dan Anovulasi

Buat yang merancang untuk mendapatkan anak, amat penting untuk kita memahami waktu subur kita kerana ia meningkatkan peluang kehamilan (dan juga sebaliknya sekiranya mahu merancang keluarga). Waktu subur ini lebih dikenali sebagai OVULASI. 

Berikut adalah sedikit info mengenai ovulasi dan anovulasi (taken from here):

Apa itu OVULASI?

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.

Fakta utama ovulasi
  • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
  • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setiap kali ovulasi.
  • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
  • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
  • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovulasi.
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
  • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
  • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
  • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
  • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara paling terbaik untuk mengetahui waktu ovulasi tentulah dengan merekod waktu period kita (biasanya 12-16 hari before the next expected period). Selain tu kita juga boleh menggunakan ovulation predictor kits (OPK) ye kawan-kawan.



Tapiiiiiiiiiiiiii.. camne pulak kalau kes PCOS macam aku ni? Well, memang susah nak pinpoint waktu ovulation sebabnya period tak tetap huhu.. kadang-kadang ada, kadang-kadang takde sebab tu susah nak pregnant. Keadaan di mana tiada telur yang matang dilepaskan untuk persenyawaan dipanggil ANOVULASI.

Apa itu ANOVULASI?

Anovulasi adalah satu keadaan dimana wanita yang tidak menghasilkan telur matang seterusnya ovulasi tidak berlaku. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang ke dalam salur fallopian setiap bulan. Di sini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah yang lain, kehamilan akan berlaku. Wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.

Sebab-sebab Anovulasi

Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak atau otak tidak mempunyai cukup signal merangsang tumbesaran folikel seteruskan ovulasi. Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:
  • Menyusu badan
  • Terlalu gemuk atau telalu kurus
  • Terlalu banyak senaman
  • Anorexia atau bulimia
  • Tekanan
  • PCOS (sebab utama 80%)
  • Masalah tiroid
  • Masalah kelenjar pituitari
  • Masalah berlebihan hormon prolaktin
Rawatan

Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut. Ubatan-ubatan yang boleh membantu merangsang ovulasi termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk pengidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan biasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seriously, dulu waktu single dan awal-awal kahwin tak pernah bother pasal benda ni until aku sendiri mengalami masalah sukar hamil. Harap info ini dapat membantu rakan-rakan memahami tentang what's going on in our body! Who says being a woman is easy??

p/s: Thanks buat semua sahabat dan kaum keluarga yang tak putus-putus memberi kata-kata semangat dan juga pelbagai petua buat aku dan suami dalam usaha TTC kami! :-)

Thursday, January 3, 2013

My TTC Journey

As promised before, kali ni aku nak share about my journey in trying to conceive. Walaupun masih belum mencapai target tapi anggaplah entry ni serves as a diary or reference untuk aku. Boleh jadi pembangkit semangat juga supaya tak mudah putus asa dalam mencapai our ultimate goal (ewahhh). 

Actually, berdasarkan pembacaan dan perkongsian antara rakan, dalam usaha TTC, aku masih di peringkat awal... maksud aku, aku belum lagi sampai tahap mencuba IUI mahupun IVF. Apapun, aku harap masih ada ray of hope untuk aku mencuba secara natural sebelum considering the two, yang mana korang pun tau requires lots of moolah. Moga Allah memakbulkan doa kami untuk memiliki zuriat suatu hari nanti, aminnn!

2009
Got married
In a long-distance marriage
No intention of starting a family (because of the distance)

2010
Early miscarriage (+ve UPT but happiness was short-lived huhu)
Period becomes even more irregular than usual
Open to possibilities all year through but still not pregnant

2011
Started TTC actively
Blood test - progesterone level is low
Pap smear/breast exam - non-reactive cells/no lumps or bumps
Sperm count check (hubby) - normal
Medical check up - everything's okay, just need to lose weight and lower down my BP
Period still irregular

2012
Clomid attempts for 3 cycles - failed to get pregnant but period cycle becomes normal
Period becomes irregular without clomid
Mengurut peranakan x 4 times
Met a specialist - was diagnosed with PCOS/hormonal imbalance (again, was told to lose weight)
Saline sonogram or SSG (to detect any tubal obstruction or blockage - FAILED)

Currently I'm scheduled for the HSG procedure (another test to detect tubal obstruction or blockage) since the SSG procedure failed, but this can only be done once my period comes. Once I'm in the clear (meaning no tubal obstruction or blockage), we might start the IUI procedure, BUT if there is any, we are advised to proceed with the IVF procedure instead. Aku harappp sangat takde blockage whatsoever. 




Sekarang ni sambil menunggu period datang (if datang), aku masih juga cuba to conceive naturally - 'bersama' regularly, go for best positions to get pregnant, amalkan minum susu kambing dan kurma, makan Apricot Seeds, sapu minyak Jerslin Oil dan exercise selain tak putus-putus berdoa kepadaNya. Aku jugak sedaya-upaya menjaga pemakanan kami suami isteri untuk tingkatkan peluang kehamilan. Kalau ada apa-apa lagi petua yang korang tau yang aku patut aku amalkan, please let me know ya.


Sempena tahun baru ni, I really hope that there will be good news at the end of the journey.. please pray for us!

Wednesday, January 2, 2013

Wordless Wednesday - Success

Which one are you?
p/s: Happy New Year! Mulakan tahun baru dengan semangat yang baru ye!