Tuesday, January 10, 2012

Azam... Apa Tu??

Bile start tahun baru je, soalan standard yang rata-rata ramai orang akan tanya ialah "Ape azam tahun baru korang??". Kadang-kadang aku senyum je la memikirkan typical mindset orang kita yang beria-ia pasang azam bila tibanya tahun baru sedangkan kalau kita nak berubah, boleh je kot pada bila-bila masa kan.. tapi bagus jugak la.. I mean, maybe some people would like to start afresh bila tahun baru. Nak cuba semula. Lebih baik ada azam dari takde azam kan??

Whatever it is, for me, this year is all about making things happen. Apa aku nak buat, aku akan buat. Tahun lepas all my giant resolutions had gone up in smoke.. satu pun tak tercapai sebab banyak sangat kekangannya. So, in addition to the little things aku nak achieve/change this year, aku harap impian tahun lepas tu semuanya dapat dicapai, insyallah. Jeng.. jeng.. jeng.. apakah ia?? Cakap banyak pun tak guna..  kalau dah tercapai baru cakap kottt.. :)

Anyways, tahun ni aku nak jadi realistik. Taknak pasang impian setinggi langit. Instead, aku nak concentrate on benda-benda kecik that can help improve myself for the better, tak kiralah dari segi tugas sebagai seorang isteri, anak, kakak, kawan, pekerja, guru, Muslim dan lelain. Nak jadi lebih bertanggungjawab, matang, kurangkan procrastination (ehem) and be more organized. Selain tu, nak banyakkan exercise, eat healthily, travel more, blog more, keep in touch with as many friends/family members as possible and make learning English fun for my students. Err.. I'm not asking for much, am I?

Harap-harap tahun baru ni membawa sinar baru untuk semua orang.. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, insyallah!

p/s: Ape azam tahun baru korang? Hehehe.

2 comments:

isabelle said...

mine?
hmmm..nak polish suara biar buleh lawan u masa karok. hahaha

xde la. well u know la my plan.hope tercapai la

Aida Ikmal said...

jom karok lagi. i da gian. haha.