Wednesday, December 26, 2012

30

Ada apa dengan nombor 30? 30 hari mencari cinta? 30 bulan? or 30 tahun?

Actually hari ni merupakan my parents' anniversary yang ke 30 tahun, yup, that's right.  Memang bukan senang nak sampai ke tahap ini and I'm sure macam-macam cabaran dan dugaan yang Ma and Abah lalui but you guys got through it anyway! Dulu-dulu waktu bujang trang tang tang, wedding/marriage is something that I always look forward to, tapi bila yours truly dah melaluinya sendiri, aku akui memang tak mudah dan perlukan banyak kesabaran dan toleransi. I guess I've learnt a lot from you guys and I hope hubby and I can be as blissfully married!



Congratulations buat Abah and Mama for reaching the 3 series in the marriage category. Semoga kasih sayang Ma dan Abah terus mekar sampai bila-bila, insyallah!

Our little family :)

Wordless Wednesday - Not Found

Kalau jadi camni, korang panik tak??

Wednesday, December 19, 2012

Book Shopping

Is there such thing as "book shopping"? There is, according to the BBW Book Sale! The biggest book sale (as I mentioned here) started on the 7th till the 23rd this month. 3 millions books ranging from fiction, self-help, children, cook books to encyclopaedias and reference books are up for grabs and the good thing is they are CHEAP (75%-95% off) y'all - so don't miss this chance! The grand opening was from 7th - 9th December with a non-stop opening hours for a total of 63 hours (Mission 63) .

I went there on the 7th itself, geared with a luggage - yes, a luggage, which is a great idea considering how heavy all the books can be by the end of the book shopping. The queue for the cashier was superrrr long from morning till late afternoon so if you're planning to go, I'd suggest go in the evening coz the queue isn't gonna be as long, but of course, you can always go early and take your time to go through every aisle and browse through every book and pay later in the evening (like I did). Oh did I mention there's a storage counter, food court, toilets and surau for your convenience? Anyways, I heard the traffic there is almost standstill even at night - didn't know that Malaysians are THAT crazy about book sales!

Yeahhh almost there!

What it was like in the exhibition hall~
I particularly like the yellow banner - LOL!!

I even ran into an old friend! It was good seeing you, Ereen! We really must see each other more often :)



Lookie, lookie, the damage has been done hukhukhuk.. 

Before sorting

After sorting

I bought a 'luggageful' of books for myself (34 to be precise! itu pun berniat nak beli lagi tapi malangnya dah tak muat nak letak dalam luggage heheh) and it is worth every penny spent. Just one problem though - I have no idea where to place them all coz my existing bookcases are already filled with books! Kena la beli bookcase baru kan Hubbyyyyy? ^^

For more info or updates, please visit the BBW Facebook page here.

Wordless Wednesday - Packing

Aren't we all like this - even a little?! :p

Tuesday, December 18, 2012

Jikalau Berhajat...

Di dalam Islam, ada doa untuk segala-galanya. Kalau agak-agak anda berhajatkan sesuatu especially bila nak minta tolong daripada orang lain, bacalah doa di bawah ini semoga Allah permudahkan segala urusan dan hajat kita, insyaallah :) (agak-agak tak berapa nampak sila la click pic tu bagi besar)



p/s:  Kadang-kadang kita lupa pasal the power of doa.

Subtle Curiosity

Does it piss you off when you're in a place like work and the like and people start asking you personal questions about yourself, your family, house, car, finances etc ? I simply hate it! I always wonder if they're being nosy or that they really care or if they're just making conversation. Are they, like, comparing themselves to me?? Then, aku paling tak suka when they start making conclusions/assumptions based on your response. What were they thinking?? One conversation and we're BFFs?? Tu belum kira yang suka spread the info to others and say things about me behind my back.

I try not to be rude and all (or dianggap sombong or 'kekwat') especially when you ignore them or tell them off, so the best defence has gotta be playing clueless and stop giving TMI (too much information)! Well, maybe I'm being a bit harsh, maybe it really is just a way for them to talk to you and get to know you better but of course you can tell if people are not comfortable answering those questions, can't you?

So, the next time when people ask you personal questions you're reluctant to answer or keep prodding you for personal information, just say you don't know or that you don't remember and the like. Keep things as vague as possible and act really clueless and leave the rest to their imagination. Trust me, it certainly works against unwanted questions!

Thursday, December 13, 2012

13.12.12

Cantik jugak tarikh hari ni ye, walaupun tak secantik semalam (12.12.12). What makes it even MORE special is that it's my birthday! Yay! Happy birthday to me yang ke sweet 17 gitu. Eh. Hahahahahahahaa betul laaa ;-)

Anywayssss, you know what I like most about birthdays besides surprises, cakes, wishes and presents? FREEBIES/BIRTHDAY PRIVILEGES!! Bukan la nak jadi cheapskate ke ape, tapi sapa tak suka benda free kan? Lagipun setahun sekali je nak dapat all these privileges! :-)

1. GSC Movie ticket on your birthday month (for GSC website members)


  • print out the Birthday Coupon Treat from GSC site, fill up the details and redeem! (just tunjuk IC untuk verify)
  • valid on any day on your birthday month! (takde la rushing nak tengok on your bday itself)
  • yang tak syoknya valid for movie marked asterisk only

2. Starbucks Free Slice of Cake (for Starbucks Card members)


  • 1 complimentary slice of cake with a purchase of any handcrafted beverage during your birthday month

3. Sing for Free at Red Box (for Red Box card members)


  • Present your IC & member card. Any K session; Min. 1 head charge applies; limited 1 free pax per room per visit; unlimited visit!
  • Valid 3 days before & after your birthday actual day (unlimited visits are allowed)
  • Valid at any Red Box, Green Box, Red Box Ria & Red Box Plus Outlets

4. Tutti Frutti birthday promotion


  • Enjoy your birthday special on your birthday at 20% discount for one cup/person in a single receipt for the birthday boy or birthday girl! Show your IC / Passport to verify your birth date.
  • Valid on your birthday only.

5. Birthday discount at The Body Shop (The Body Shop card members)


  • Enjoy 25% off discount for your birthday at The Body Shop.
  • Valid upon flashing SMS and good for one-time use only during your birthday month.
  • Valid at any The Body Shop® store in West Malaysia only.

6. Parkson Discount Voucher (for Bonuslink Card members)


  • Voucher ni okay tapi banyak T&C huhuhu
  • Present your BonusLink card, IC and the email print-out at any parkson Customer Service Counter within your birthday month to redeem the voucher.
  • Valid with a purchase of RM250 and above in a single receipt within your birthday month.

(Source: ILoveFreebies, Starbucks and BonusLink)

Ini yang biasa aku look forward to during my birthday month lah.. ada apa-apa yang aku tak tau/miss out ke? Lemme know ye hehehe

Ok, nak pi makan kek sat. Babai! ;-)

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday - Ada Berani?



p/s: Usaha tangga kejayaan.

Jangan Sombong!

As cliché as it may sound, we, human, are not perfect dan tak lepas dari membuat kesalahan, intentionally or unintentionally, especially when it comes to things that we are, have or have achieved. 


Apa-apapun yang kita lakukan, sentiasa beristighfar dan rendah diri kerana keenam-enam perkara di atas datangnya dari Allah so anytime je Dia boleh tarik balik semua tu. Let's stay modest and be reminded that there will always be people who are smarter, richer, prettier or more powerful than we are out there. Moga kita dijauhkan dari sifat riak dan takabur, amin!

Kawan-kawan, if I'm anywhere near there, tolong ingatkan aku eh! (eh. cam lagu Ana Raffali lak hehe)

Tuesday, December 11, 2012

Istanbul Aku Datang vs. LBS: Katerina

Taking a break from all the TTC talk to write about these two movies - which one is better and worth watching?

ISTANBUL AKU DATANG



Apa yang best cerita ni?

Jalan cerita sangat menarik, fresh dan terkesan di hati (ini penting sebab a good movie bagi aku mampu buat kita rasa sedih, happy, ketawa, romantik, malu, marah, geram etc.) - ala-ala filem rom-com (romantic comedy) omputih which aku memang suka. Lain daripada filem-filem tempatan yang sedia ada, maklum lah aku bukan suka sangat tengok filem tempatan sebab tak up to expectations every time. Anyways, walaupun cerita  ni agak cliche/predictable tapi garapan pengarahnya membuatkan cerita ni tak bosan ditengok berulang kali - seriously! Plot dia pulak smooth je, transition dari scene ke scene sangat mudah diikuti dan difahami, tak macam LBS yang banyak jumping scenes - tak sempat nak feel gitu haha bleh?

Another thing yang best about this movie adalah pelakon-pelakonnya. Lisa sebagai teraju utama memang sangat sesuai dengan watak Dian yang comel, manja dan agak gedik. Outfit dia dalam filem ni sangat comel - kudos to the costume manager. Beto pun walaupun tak hensem mana tapi sangat menjiwai watak dia yang ala-ala nerd tapi sweet and romantic towards the end. Part dia marah-marah tu memang funny dan menjadi. A natural. Tomok as Azad- err, no comment (yet). Housemate Azad, Nadim, sangat menghiburkan walaupun muncul sekali dua je. Mamat Turki yang amek kesempatan kat Dian tu pandai berlakon hehe..

Pastu lokasi pengambaran filem ni sangat best dan cantik hingga membuatkan korang nak pegi Istanbul sekarang ni gak! Hahaha. Biasa filem Malaysia buat pengambaran di UK, Aussie, NZ, or Mekah/Madinah so ada kelainan sikit la filem ni. Bila dia gunakan orang local sebagai pelakon tambahan rasa lebih 'dekat' dengan culture lokasi pengambaran tu. Takdelah macam sesetengah drama/filem yang berlakon kat overseas tapi pelakon semua orang Malaysia gak dan takde scenes melibatkan local culture - baik berlakon kat Malaysia je. Next, muzik latar sangat best dan sesuai dengan scene masing-masing! 

Apa yang tak best?

Kekuatan cerita ni lebih kepada Lisa dan Beto (selain jalan cerita) sebab Tomok sebagai another teraju utama memang tak boleh berlakon! Nampak kaku and awkward. Bila Tomok start cakap je aku mula rasa nak tergelak coz nampak tak natural and dibuat-buat. Bab watak dia dok feeling-feeling dengan Lisa lagi lah tak menjadi coz Lisa nampak lebih tua dari dia though Tomok memang lebih tua dari segi umur.

Another thing is, cerita ni sekejap sangat! Walaupun puas hati tengok filem ni as a whole tapi rasanya everything moves too fast gitu.

LAGENDA BUDAK SETAN - KATERINA



Apa yang best cerita ni?

Entah.. ada ke? Hakhak..

Apa yang tak best?

Banyakkkk.. in fact kitorang dok kutuk je cite ni dari awal sampai habis hahahahahaha... First sekali, jalan cerita tak menarik.. well, maybe coz ikut buku yang mana jalan ceritanya relevan pada zaman tu tapi tak sesuai pada zaman sekarang. Agak old school gitu so sedikit bosan. Ni pendapat aku la. Cerita pun tak sesedih or terkesan di hati cam filem pertama though cerita first pun takdelah best mana tapi still better than the sequel. Part anak dia mati je yang aku rasa sedih - pandai budak kecik tu berlakon hakhak. Oopss.. spoiler alert! 

Anyways, paling aku tak enjoy cerita ni is banyak jumping scenes dan cara plot dihubungkan tak smooth langsung! Cepat sangat sampai tak sempat nak feeling gitu, kadang-kadang rasa tak faham pun ada. Pastu ada banyak benda yang tak tally dengan filem pertama. Contohnya, dalam filem pertama, Kate dan Kasyah tak bercinta pun kan? Kate kita tau memang suka Kasyah tapi Kasyah? Tup-tup dalam Katerina, dedua dah jatuh cinta bagai awal-awal kat Bhutan padahal entah scene mana yang tunjuk Kasyah mula jatuh cinta dengan Kate? Sedikit konfius di situ ya.

Next, gabungan Farid and Maya as teraju utama tak kena. Takde chemistry langsung! Nampak sangat awkward bila dorang berlakon sekali. Maya pun as usual BM tak fasih sangat so bila dia cakap cepat-cepat or nak cuba feeling, it just doesn't work. Cara berlakon cam baca berita - sebijik-sebijik cakap, tak natural langsung rasanya. Plus, Maya nampak lebih tua dari Farid. Watak Bront as a psycho ex-boyfriend gak yang menjadi. Watak lelain, sorry nak cakap, semua tak menjadi - dari mak bapak si Kate ke Zahirah, PA Kate yang penggoda itu.

Muzik latar utama tak dapat dikenalpasti, dan kalau ada pun tak best compared to filem pertama or Ombak Rindu yang sangat terkesan di hati dan sesuai dengan jalan cerita.

As a conclusion?

Bagi aku, filem yang best adalah filem yang rasa sangat real seolah-olah ianya memang wujud somewhere out there walaupun konsepnya surreal. So, kalau nak cerita yang 'natural', light and enjoyable, go for Istanbul Aku Datang yang mana korang tengok banyak kali pun tak bosan. Nak cerita yang agak heavy, intense and jiwang-loaded and agak tak 'natural', go for Katerina, though I don't think I'd want to watch it more than once :-)

Monday, December 10, 2012

More Facts on PCOS

  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Taken from Alam Hamil.

Sukar Hamil

Mesti ramai yang tertanya, dah 3 tahun berkahwin masih tiada apa-apa ke? Mengikut fahaman ramai "apa-apa" itu obviously merujuk kepada children.. Well, lemme ask you.. setiap pasangan yang dah berkahwin dah tentu ada keinginan untuk mempunyai zuriat bukan? The same goes to me and my other half. Bukan tidak mahu, bukan merancang, tetapi masih tak ada rezeki. Tipulah kalau rasa tak sebak bila tengok anak-anak orang lain. The thing is, I was diagnosed with polycystic ovarian syndrome or PCOS yang menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil. 

In this entry, I will share about some facts on PCOS (taken from Alam Hamil), mana la tau, isteri/adik/kakak/sepupu/kawan/sedara anda mengalami or akan mengalaminya suatu hari nanti.. tak salah kita menambahkan ilmu :-)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.



Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?

PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.

Teori punca PCOS

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simtom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

  • Haid yang tidak teratur
  • Tiada haid selama berbulan-bulan
  • Tiada ovulasi
  • Pertambahan berat badan yang keterlaluan
  • Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
  • Kencing manis
  • Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan

Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Actually memang dah lama aku punya period tak tetap (which makes it difficult to pinpoint my best conception date or most fertile days to conceive) tapi tak sangka ada PCOS pulak. The first thing yang my gynae pesan is TO LOSE WEIGHT coz bila dapat kurangkan berat maka dapat stabilisekan hormon dalam badan. So, kalau-kalau korang ada simptom yang sama, cepat-cepatlah jumpa gynae korang - jangan pasrah tak tentu pasal. Bersyukurlah kalau korang takde masalah ni coz for some people, it ain't that easy to get pregnant. Macam-macam ikhtiar dah dilakukan dan akhirnya hanya mampu memanjatkan doa kepadaNya. Apa-apapun, aku anggap ini semua ujian dariNya and so, WE WON'T GIVE UP!


Next entry which is entah bila aku akan update pasal the efforts we have done in order to conceive/deal with this problem. Till then!


p/s: If you're trying to conceive (TTC), it's always helpful to keep track of your period cycle. Currently I'm using the P Tracker app on my Android to do so.

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday - Unavoidable


He'll be coming whether we're ready or not.

Tuesday, December 4, 2012

The BBW Book Sale is back!

Sape hantu membaca, brace yourself for the annual biggest book sale - the Big Bad Wolf Book Sale!


Time: 9am - 9pm
Date: 7 - 23 Dec 2012
Venue: Mines Convention Centre

Here's the glimpse of the sale setup taken from the BBW Facebook page:









Oh boy, I'm excited! Are you? Don't miss it!!

p/s: Don't forget to bring your shopping trolley / luggage with you!!