Tuesday, February 14, 2012

Perception vs. Reality

Seriously funny.. and so true! :P




What say you? ;-)

Yummy Pau

Mahukan pau ayam yang gebu lagi enak tanpa perlu pegi jauh (Tg Malim, Tapah etc.) seperti gambar di bawah??





Dapatkannya di Petronas berhampiran anda!

P/s: Ini adalah iklan tidak berbayar. Ngeee.
posted from Bloggeroid

Monday, February 13, 2012

BBQ-ing

Memang seronok bila adik-beradik berkumpul ni. Itu ari kitorang buat BBQ depan rumah aku bersempena dengan tahun baru. Konon la kan. Walaupun 5 orang tapi riuhnya, riuh sekampung! Harap-harap neighbour takde wat komplen =.="

Simple aje lelauk malam tu. Ada ayam, sosej, udang, sotong, otak-otak.. err simple?? Simple la tu, sebab marinade cincai je. Hehe. Selain tu ada gak nasi goreng, muffin ngan orange as makanan sampingan.

Seperti yang korang lihat dalam gambar di bawah ini, pakai pinggan (and cawan) polystrene je la. Pakai buang. Senang. Kang sorang-sorang dah mengular kekenyangan alamatnya takde sapa baik hati nak pegi basuh pinggan mangkuk, ye tak??


Tu dia makanan nak buat BBQ. Ayam tu aku marinade dengan black pepper and segala macam sos, sotong marinade ngan kunyit, udang campur garlic and butter, pastu sosej bakar gitu je. Tu air ribena tunang adik aku yang buat heh.. bagus bagus.. sila praktis dari sekarang ye *evil grins*


Itu dia orang kuat di sebalik penghidupan api (eh?) a.k.a Mr. Hubby


Okay, siap ada entertainment. Kurang-kurang terhibur tukang masak and tukang makan. Heh.


Time ni la hero-hero ni baru boleh tunjuk skill masak. Hari biasa dorang jual mahal.



Di sebelah kanan tu tukang kipas import dari Shah Alam :p


Many hands make light work ke.. too many cooks spoil the broth? You decide :p




This is my second bro yang memula je tolong masak, pastu menghilang dok layan Facebook. Cehs.



Ini otak-otak import dari Kuala Selangor. Murah je. 100 pieces for RM 30. Sedap pun sedap. (promote ni)



Gambar tengah makan memang takde sebab masing-masing dok mentekedarah sampai tak ingat nak amek gambar. Gambar lepas makan, err, harap maklum lah hehe.. Pendekata memang best ber-BBQ bersama family (or friends) ni. Di samping makan-makan dapat gak mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita, ye dop? ;)

p/s: Gambar low quality gile. Amponn.

Thursday, February 2, 2012

Paling Comel

Ya Allah! Siapakah makhluk tuhan yang paling comel ni?? Geram gila rasa nak cubit-cubit pipi tu!




Dia bukan saja comel dan berlagak comel.. malah pandai juga berlakon dan pura-pura tido bila gambarnya diambil!





Selain tu dia juga sangat sweet. Siap suapkan adik aku yang tak sedar diri dah tua ittew.



Awww.. we all love you, Huda! She's my cousin btw.. isn't she just adowable?? =)


Wednesday, February 1, 2012

20 Cara Membahagiakan Isteri

I thought I'd share this good read I got from here with you. Moga kita sama-sama dapat manfaat.

Rumahku Surgaku. Itulah harapan sebuah pernikahan. Memang, tidak mudah untuk mewujudkan harapan tersebut, boleh juga rumahku menjadi nerakaku. Memerlukan kerjasama yang harmoni diantara suami dan isteri ketika mengharungi bahtera pernikahan. Selain itu, memerlukan pemahaman mengenai cara memelihara pernikahan agar tetap harmoni dan tahan terhadap badai ujian. Berikut penjelasan praktik dan padat karya Syeikh Umar Bakri Muhammad “Nasihat Indah Untuk Suami Istri” yang diterbitkan oleh Cakrawala Publishing.


Rasulullah SAW bersabda :
“ Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap isteri-isterinya dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap isteri-isteriku.”
Rasullullah SAW juga bersabda :
“ Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar.”
Tugas-tugas seorang suami kepada istrinya :
1. Hendaklah Anda selalu memperlihatkanlah wajah yang menyenangkan ketika masuk ke rumah, ucapkan salam Islam “assalaamu’alaikum” dengan senyuman yang manis, raih tangannya dan peluklah isteri anda dengan mesra.
2. Ketika berbicara, untaikan kalimat yang manis serta memikat isteri Anda. Usahakan isteri Anda merasa benar-benar diperhatikan dan menjadikannya wanita paling khusus untuk Anda. Untaian kalimat yang disampaikan kepadanya hendaknya jelas (ulangi jika perlu) dan panggillah isteri Anda dengan sebutan yang dia sukai seperti ; manisku, sayangku, cintaku dan lain sebagainya.
3. Meskipun Anda mempunyai beban kerja yang banyak, luangkanlah waktu untuk beramah tamah dan bercengkerama dengan istri Anda. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW dimana beliau juga beramah tamah dan menghabiskan waktu bersama para istri beliau, meskipun pada saat itu beliau juga penuh dengan pekerjaan serta beban tanggung jawab yang sangat besar.
4. Mainkanlah suatu permainan ataupun selingan yang menggembirakan bersama istri Anda. Hal ini dinyatakan dalam suatu hadis bahawa Rasullah SAW bersabda: “Semua hal yang di dalamnya tidak menyebut nama Allah SWT, adalah suatu sia-sia, kecuali dalam empat hal : seorang laki-laki yang sedang bermain dengan isterinya, melatih kuda, membidik di antara dua sasaran, serta mengajarkan berenang.”
5. Membantu pekerjaan sehari-hari rumah tangga. Usahakan Anda membantu dan menolong isteri Anda dengan tugas-tugas seharian rumah tangga Anda, seperti membeli makanan, mempersiapkan makanan, membersihkan serta mengatur rumah, dan lain sebagainya. Hal-hal seperti ini akan membawa kebahagiaan tersendiri pada diri isteri Anda dan tentu saja akan semakin memperkuat cinta Anda dan hubungan Anda bersama sang Isteri.
6. Usahakan musyawarah selalu menghiasi rumah tangga Anda. Bermusyawarahlah dengan istri Anda, dalam setiap permasalahan. Pendapat yang di sampaikan Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW pada saat perjanjian Hudaibiyyah adalah suatu kejadian yang sangat terkenal. Hal ini merupakan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk bermusyawarah dengan para istri dan para sahabat beliau.
7. Ketika Isteri Anda sedang berkunjung ke tempat saudaranya, teman-temannya, serta orang-orang saleh, maka temanilah isteri Anda.
8. Tata cara melakukan perjalanan dan meninggalkan istri di rumah. Jika Anda tidak boleh membawa serta istri Anda dalam perjalanan, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalilah istri Anda dengan persediaan keperluan sehari-hari dan wang secukupnya, mintalah isteri Anda untuk mendoakan Anda, sering-seringlah untuk menghubungi isteri Anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang Anda percayai untuk menjaga keluarga Anda selama Anda pergi. Persingkatkan perjalanan Anda jika dirasa sudah tidak penting lagi dan pulanglah dengan membawa buah tangan. Hindari untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.
9. Sokongan kewangan. Tumbuhkanlah sikap pemurah pada diri Anda dalam urusan pengeluaran rumah tangga Anda, tentunya harus sesuai dengan kemampuan kewangan Anda. Sokongan kewangan yang baik (tidak boros tentunya) akan sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkawinan Anda.
10. Buatlah diri Anda agar selalu berbau harum dan perindah penampilan Anda . Allah SWT itu indah dan Dia menyukai keindahan. Maka selalu bersihlah Anda, rapi, dan pakailah minyak wangi. Ibnu Abbas r.a. berkata : “Saya menyukai keindahan diri saya sendiri untuk isteri saya, seperti halnya saya menyukai keindahan isteri saya untuk saya.”
11. Tentang hubungan seksual. Merupakan tugas dari suami untuk mencukupi keperluan serta hasrat seksual si istri. Boleh jadi sekali waktu isteri Anda sedang berada dalam masa yang sangat prima berkenaan dengan kesihatan fisikal dan psikologinya.
12. Penuh perhatian. Seorang suami muslim harus sangat perhatian dan penuh perasaan terhadap isterinya. Isteri Anda pasti mengalami pelbagai perubahan baik secara fisikal dan psikologi. Pada saat-saat seperti itu, isteri Anda sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian, agar isteri Anda boleh menghapus kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh.
13. Jagalah kerahsiaan perkawinan Anda. Diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Abu Sa’id Al-Khudry bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi isterinya untuk melakukan hubungan badan, dan dia membeberkan rahsia itu (tentang hubungan badan) kepada yang lain.”
14. Bekerja sama dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, solat berjama’ah dan selalu tingkatkan aktiviti Anda dalam beribadah kepada Allah SWT, seperti bersedekah, zikir (mengingat Allah SWT), dan solat pada malam hari (qiyamul lail). Rasulullah SAW bersabda: “Semoga rahmat Allah SWT dilimpahkan kepada laki-laki yang bangun pada malam hari dan membangunkan isterinya untuk solat bersamanya, dan jika dia menolak maka percikkan air ke wajahnya”.
15. Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman isteri Anda.
16. Usahakan untuk mendidik isteri Anda tentang islam dan berilah isteri Anda nasihat-nasihat.
17. Cemburu yang sewajarnya.
18. Bersabar dan berlaku lembutlah kepada isteri Anda. Kawalkan sifat marah Anda dan buatlah si istri untuk menghilangkan keraguannya terhadap Anda, dan nasihatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan.
19. Jadilah pemaaf dan tegurlah isteri Anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada saat yang benar-benar tepat.
20. Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan terapkan semua yang pernah dibaca dan difahami tentang Islam, dengan arif dan bijaksana.