BBQ-ing
Memang seronok bila adik-beradik berkumpul ni. Itu ari kitorang buat BBQ depan rumah aku bersempena dengan tahun baru. Konon la kan. Walaupun 5 orang tapi riuhnya, riuh sekampung! Harap-harap neighbour takde wat komplen =.="
Simple aje lelauk malam tu. Ada ayam, sosej, udang, sotong, otak-otak.. err simple?? Simple la tu, sebab marinade cincai je. Hehe. Selain tu ada gak nasi goreng, muffin ngan orange as makanan sampingan.
Seperti yang korang lihat dalam gambar di bawah ini, pakai pinggan (and cawan) polystrene je la. Pakai buang. Senang. Kang sorang-sorang dah mengular kekenyangan alamatnya takde sapa baik hati nak pegi basuh pinggan mangkuk, ye tak??
Tu dia makanan nak buat BBQ. Ayam tu aku marinade dengan black pepper and segala macam sos, sotong marinade ngan kunyit, udang campur garlic and butter, pastu sosej bakar gitu je. Tu air ribena tunang adik aku yang buat heh.. bagus bagus.. sila praktis dari sekarang ye *evil grins*
Itu dia orang kuat di sebalik penghidupan api (eh?) a.k.a Mr. Hubby
Okay, siap ada entertainment. Kurang-kurang terhibur tukang masak and tukang makan. Heh.
Di sebelah kanan tu tukang kipas import dari Shah Alam :p
This is my second bro yang memula je tolong masak, pastu menghilang dok layan Facebook. Cehs.
Ini otak-otak import dari Kuala Selangor. Murah je. 100 pieces for RM 30. Sedap pun sedap. (promote ni)
Gambar tengah makan memang takde sebab masing-masing dok mentekedarah sampai tak ingat nak amek gambar. Gambar lepas makan, err, harap maklum lah hehe.. Pendekata memang best ber-BBQ bersama family (or friends) ni. Di samping makan-makan dapat gak mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita, ye dop? ;)
p/s: Gambar low quality gile. Amponn.
p/s: Gambar low quality gile. Amponn.
Comments