Sukar Hamil

Mesti ramai yang tertanya, dah 3 tahun berkahwin masih tiada apa-apa ke? Mengikut fahaman ramai "apa-apa" itu obviously merujuk kepada children.. Well, lemme ask you.. setiap pasangan yang dah berkahwin dah tentu ada keinginan untuk mempunyai zuriat bukan? The same goes to me and my other half. Bukan tidak mahu, bukan merancang, tetapi masih tak ada rezeki. Tipulah kalau rasa tak sebak bila tengok anak-anak orang lain. The thing is, I was diagnosed with polycystic ovarian syndrome or PCOS yang menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil. 

In this entry, I will share about some facts on PCOS (taken from Alam Hamil), mana la tau, isteri/adik/kakak/sepupu/kawan/sedara anda mengalami or akan mengalaminya suatu hari nanti.. tak salah kita menambahkan ilmu :-)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.



Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?

PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.

Teori punca PCOS

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simtom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

  • Haid yang tidak teratur
  • Tiada haid selama berbulan-bulan
  • Tiada ovulasi
  • Pertambahan berat badan yang keterlaluan
  • Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
  • Kencing manis
  • Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan

Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Actually memang dah lama aku punya period tak tetap (which makes it difficult to pinpoint my best conception date or most fertile days to conceive) tapi tak sangka ada PCOS pulak. The first thing yang my gynae pesan is TO LOSE WEIGHT coz bila dapat kurangkan berat maka dapat stabilisekan hormon dalam badan. So, kalau-kalau korang ada simptom yang sama, cepat-cepatlah jumpa gynae korang - jangan pasrah tak tentu pasal. Bersyukurlah kalau korang takde masalah ni coz for some people, it ain't that easy to get pregnant. Macam-macam ikhtiar dah dilakukan dan akhirnya hanya mampu memanjatkan doa kepadaNya. Apa-apapun, aku anggap ini semua ujian dariNya and so, WE WON'T GIVE UP!


Next entry which is entah bila aku akan update pasal the efforts we have done in order to conceive/deal with this problem. Till then!


p/s: If you're trying to conceive (TTC), it's always helpful to keep track of your period cycle. Currently I'm using the P Tracker app on my Android to do so.

Comments

yaya|azura said…
Look and the bright side, you'll get to loose weight and InsyAllah akan conceive juga akhirnya. Hihihi... All the best ya Aida & Ikmal. Jangan berputus asa. Rezeki Allah ada setiap masa. :)
Aida Ikmal said…
Thanks for your kind and supportive words.. it really means a lot.

Doakan kami ye :-)
Missfasha said…
good info for me! weeeee
same goes to me...n i know we can pregnant...nsb baik awal2 g jumpa pakar dah...dan dia suggest diet turunkan berat badan yg naik mendadak lepas keguguran...nie semua acid folic appeton nyer pasal uwaaaa....badan + AF = naik mendadak lepas gugur...

b4 dis semua ok...tp lepas gugur naik berat badan terus tak ok..now cuba minum jus perawan dulu utk cuci dalaman n alhamdulillah tindakblas cepat....dgn angin semua kuar...dgn penghadaman sgt bagus....i means lepas makan jek beberapa jam mesti masuk bank (ayat kaver)...so far berat ada loose sket sbb kontrol makan sama...once ada kenduri i makan jek...tp balik tu buang lemak semula la dgn minum byk air putih...skipping...

dat doctor say i'm PCOS but tu doc ke3 yg kata...doc per1 n ke2 tak kata apa...so now dsebabkan nk g pakar lg duit kena standby byk stop jap g jumpa doc lain...cus my asben n me mcm tak yakin dat i'm PCOS. Doc tu pun mcm yakin tak yakin gtau. Sedangkan i selalu ovulosi dan period i cuma lewat sehari 2 jek...wlpn nampak jadual TTC tu mcm tak teratur period kan. Kuasa Allah kita tak jangka semua nie kan. DIA nak kita usaha. InshaAllah...
sabar ye, babe.
insyaAllah..ada la rezeki tu nanti.
maybe a girl ke.. boleh suruh adam/adib ngorat.hehehe

Popular Posts