Berbuka Luar vs. Di Rumah

Sedar tak sedar sudah masuk hari ke 8 berpuasa. Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umur kita untuk menyambut bulan yang penuh mulia ni. Pasti seronok if dapat bersama-sama dengan keluarga bila berbuka kan? Tapi apakan daya, masing-masing punya hometown bukannya a stone's throw away, so berbuka je la dengan family kecik ni, not that I'm complaining though.

Actually tahun ni tahun kedua aku menjalani ibadah puasa bersama Hubby (sebelum ni sorang di Sabah, sorang di Selangor) tapi tahun ni agak berbeza sikit sebab aku bertugas di sesi pagi, unlike last year when I taught in the afternoon session. Waktu tu masa agak limited, plus letih dan tekanan menghadapi jam bila balik membuatkan kitorang end up makan luar or tapau je. Mudah dan tak perlu pening kepala memikirkan menu yang perlu disediakan! Tapi so far tahun ni memang aku merajinkan diri untuk masak hari-hari. Setakat ni ada la kot sekali makan kat luar. Tu pun sebab nak kejar promo Starbucks Buy One Free One tu sebab it's only valid on Weds and Fridays between 6 to 8pm! Boleh gitu? Hahaha


Tapi kan, kalau diberi pilihan, memang aku lebih selesa berbuka di rumah je. Tak pening kepala nak kejar waktu solat or berebut solat di surau (macam ari tu kat Alamanda ya ampun.. ramainya orang kat surau kecik tuh!), or berkejar-kejar nak book tempat di restoran. Pastu servis restoran pada bulan puasa biasanya tak memuaskan sangat coz ramai orang. Parking pun susah. Nak keluar pulak nak kena bersiap bagai. Leceh. Korang pulak camne?

Apapun aku syukur sangat sebab Hubby tak cerewet when it comes to food. Apa aku masak dia akan makan je. Memandangkan hanya aku dan Hubby kat rumah ni, biasanya aku masak yang simple je - cukup sekadar ada nasi (tak kisah la nasi apa-apa pun.. ari tu ada sekali aku buat nasi tomato yum yum), ayam or ikan (trying to avoid meat and seafood) dan sayur serta buah. In fact, aku masak portion untuk sahur sekali. Kuih pun takde sebab takde pun tak kisah coz makan nasi tu pun dah kenyang. Yang penting, tak membazir! Agak-agak tak berapa reti nak masak tu, belajar le. Bersepah resipi kat Internet. Google aje dan pilih yang terbaik. I'd recommend pilih resipi yang orang lain dah try - kurang-kurang kita tau resipi tu menjadi ke tak! 

Apa yang berlaku sebelum ni, bila menjengah ke Pasar Ramadhan (param), nafsu pun mula la meronta-ronta nak itu ini, sedangkan bukan makan sangat pun. So tahun ni I vowed not to go to any param sebab it's most likely that I'll end up buying unnecessary amount of food, melainkan bila craving makanan tertentu la. Heh. Lagipun, kadang-kadang makanan kat param tu bukannya sedap sangat pun (melainkan memang proven sedap). Most of the time indah rupa dari rasa. Eh. Tu belum aku masuk bab harga mark-up gegila bila bulan puasa. So moral of the story: masak je la kat rumah. Bukan aje jimat, malah lebih sihat, bersih dan dijamin sedap! Lagipun makan air tangan isteri/ibu tu bukankah lebih baik? ^^

Selamat berpuasa!

p/s: Panjatkanlah kesyukuran untuk segala nikmat yang Allah telah beri kepada kita walaupun sedikit. Kenangkanlah mereka diluar sana yang langsung tiada makanan untuk berbuka..

Comments

kepuasan masak sndri lagi bestttt!!! wlpn lauk simple tp perut suami lagi terjaga. sama lah kita kuih2 tak kot....huhuhu nasi da full perut haaaa

Popular Posts