Shopping + Makan

Whoa, gabungan yang sungguh mengancam di bulan puasa ini ya! Well sapa tak suka shopping kan.. nak nak tak lama lagi nak raya. Bukan sekadar persiapan diri (baju raya, kasut raya etc.) tapi rumah pun nak raya juga! Eh. What I mean is, rumah pun perlu dipersiapkan seadanya sempena nak menyambut Syawal nanti walaupun sebenarnya raya kat kampung

Oleh sebab itu, saya dan Hubby telah merajinkan diri kami after work tadi menjengah Ikea untuk mencuci-cuci mata tengok barangan rumah sambil menghabiskan wang. Well, I'd recommend pergi Ikea on weekdays lepas Zohor (jikalau situasi anda mengizinkan) terutamanya jika anda: 1) tak suke big crowd, 2) tak suke pusing-pusing seploh kali cari parking, 3) tak suke beratur panjang-panjang time nak bayar and the like. Pastu nak tengok barang pun takde lah sampai berlanggar bahu or troli especially waktu weekends or school holidays. Lebih tenang bershopping gitu. Siap jumpa Pak Herman Tino dok shopping sorang-sorang.  Actually takde shopping sangat pun, sekadar mencari storage solutions and mende-mende kecik je yang mostly tidak diperlukan. Selebihnya, like I mentioned before, cuci-cuci mata sambil cari idea untuk rumah sendiri heheh.. Yang tak best tu ada a few things yang mahu dibeli tapi bila pegi sana takde - contohnya ramekins and plate holder :( Entah mana gue mau cari.. any idea?

Besides that, tujuan utama merewang-rewang ke sana adalah untuk makan meatballs, chicken wings, karipap dan juga ice cream (tu dia nafsuuuu!). Oh yeah, kalau korang ada plan nak berbuka at its restaurant, I'd suggest either 1) datang at least sejam awal, or 2) minum air, solat then makan kemudian coz RAMAINYA ORANG!! We were glad that we chose to do the latter sebab tatkala semua orang sibuk mentekederah, suraunya sunyi sepi tiada penghuni (okay ni tipu la sebab ada je orang cuma tak ramai heheh). Nak solat pun tak perlu queue panjang or tak khusyuk coz tak perlu nak terkejar-kejar (cam kat Alamanda itu hari).  Lagi bagus kalau bawa telekung sendiri. Jimat masa. And alhamdulillah, by 8, restaurant dah start clear, so, kami pun dapat makan dan lepak dengan tenang tanpa ada orang menjeling-jeling suruh blah. Heh. 

Anyways, if you are a big fan of Ikea meatballs, now you can get them at RM16/20pcs (biasa RM10/10pcs). Makan sorang memang tak terhabis (unless you're a big eater) so sila la share bersama-sama your loved ones ya :)

Cube kira.. banyak kan? Tetiba rasa kat Sweden lak makan meatballs ni heheh *perasan*

Ingat nak makan ice cream seringgit dia yang lemak lagi berkrim itu tapi dah terlalu kenyang lak (hoi hoi what happens to 'berhenti sebelum kenyang'??) Tapi yang penting, time nak balik tu sempat tapau half dozen karipap for sahur! :)

Oh, penatnya hari ni!

Comments

yaya|azura said…
I pernah cari remekins kat Ikea tapi mmg takde lah kat sana. Cari kat Daiso pun takde. Haihhh....

Popular Posts