Arabic Food, Anyone?
Hari tu before gerak balik kampung, kitorang singgah jalan-jalan cari makan kat Cyberjaya (niat asal nak cari Tutti Frutti sebenarnya hahahahahah) sekali pusing punya pusing sekali terberhenti dekat satu restoran Arab nama Sana'a Restaurant. Actually banyak restoran Arab kat area Cyber ni, maklumlah ramai Arabs yang mengaji belajar di MMU (konon-konon a home away from home la ni) cuma entah kenapa tergerak hati nak singgah ke restoran ni malam tu.
Memandangkan aku and hubby peminat tegar nasi arab especially yang kat Saba' Restaurant (Cyber) or Wadi Hadramawt (Jln Ampang) or Al-Rawsha (Pandan), makanan di Sana'a ni boleh dikategorikan sebagai not bad, sedap dan juga affordable. Yang paling best, maybe sebab lokasinya yang agak jauh ke dalam, membuatkan orang tak ramai so service pun dikira cepat la. Cuma please excuse the surroundings sebab it's undergoing renovation for the time being so the interior memang buruk gile - in fact tv pun ala-ala nak rosak (ini tak tipu ye). Kalau korang enjoy cheap shisha and loud Yemeni music, this is definitely the place for you.
Anyways, biasanya kalau pegi Saba' or Hadramawt, kitorang akan order either lamb kabsah, mandi chicken or lamb madghout and chicken shwarma, tapi di Sana'a kitorang decide nak try menu baru iaitu makluba chicken. Biasanya nasi arab ni is served with sambal salsa tapi di Sana'a sup pun ada - tapi bukan sup ayamlah, lamb soup tak silap. Rasa not bad and the ayam is super empuk. Yang lain dari yang lain is the potato yang dimasak sekali dengan nasi (as you can see in the pics below). Portion nasi seperti biasa, banyak dan boleh dikongsi.
Makluba chicken |
Besides that, we also ordered chicken shwarma which is super sedap! Sedap dari mana-mana kedai Arab yang biasa makan.. seriously, and it only costs RM5 each! Berbaloi-baloi.
Chicken shwarma |
Haruslah pegi lagi nanti! Ingat nak try menu lain - tapi chicken shwarma tu wajiblah heheheh
p/s: Berminat nak pegi? Sila Google or guna GPS ye :-)
p/p/s: Selamat Hari Malaysia!
Comments