My TTC Journey

As promised before, kali ni aku nak share about my journey in trying to conceive. Walaupun masih belum mencapai target tapi anggaplah entry ni serves as a diary or reference untuk aku. Boleh jadi pembangkit semangat juga supaya tak mudah putus asa dalam mencapai our ultimate goal (ewahhh). 

Actually, berdasarkan pembacaan dan perkongsian antara rakan, dalam usaha TTC, aku masih di peringkat awal... maksud aku, aku belum lagi sampai tahap mencuba IUI mahupun IVF. Apapun, aku harap masih ada ray of hope untuk aku mencuba secara natural sebelum considering the two, yang mana korang pun tau requires lots of moolah. Moga Allah memakbulkan doa kami untuk memiliki zuriat suatu hari nanti, aminnn!

2009
Got married
In a long-distance marriage
No intention of starting a family (because of the distance)

2010
Early miscarriage (+ve UPT but happiness was short-lived huhu)
Period becomes even more irregular than usual
Open to possibilities all year through but still not pregnant

2011
Started TTC actively
Blood test - progesterone level is low
Pap smear/breast exam - non-reactive cells/no lumps or bumps
Sperm count check (hubby) - normal
Medical check up - everything's okay, just need to lose weight and lower down my BP
Period still irregular

2012
Clomid attempts for 3 cycles - failed to get pregnant but period cycle becomes normal
Period becomes irregular without clomid
Mengurut peranakan x 4 times
Met a specialist - was diagnosed with PCOS/hormonal imbalance (again, was told to lose weight)
Saline sonogram or SSG (to detect any tubal obstruction or blockage - FAILED)

Currently I'm scheduled for the HSG procedure (another test to detect tubal obstruction or blockage) since the SSG procedure failed, but this can only be done once my period comes. Once I'm in the clear (meaning no tubal obstruction or blockage), we might start the IUI procedure, BUT if there is any, we are advised to proceed with the IVF procedure instead. Aku harappp sangat takde blockage whatsoever. 




Sekarang ni sambil menunggu period datang (if datang), aku masih juga cuba to conceive naturally - 'bersama' regularly, go for best positions to get pregnant, amalkan minum susu kambing dan kurma, makan Apricot Seeds, sapu minyak Jerslin Oil dan exercise selain tak putus-putus berdoa kepadaNya. Aku jugak sedaya-upaya menjaga pemakanan kami suami isteri untuk tingkatkan peluang kehamilan. Kalau ada apa-apa lagi petua yang korang tau yang aku patut aku amalkan, please let me know ya.


Sempena tahun baru ni, I really hope that there will be good news at the end of the journey.. please pray for us!

Comments

insyaAllah. mudah2an.
u jgn fikir sgt.
pglmn i...the more u think about it, the slimmer the chances are.

all the best ye.
Hasil noted dr semanis kurma tentang anak yg ai sempat catat dan share dlm group ai.

SEMANIS KURMA 13.12.2012 | PEREMPUAN TANPA RAHIM

Jangan putus asa, jangan sangka buruk. Pasti ada hikmah sebaliknya.

*Rahim Jatuh : Dikaitkan dengan perempuan yg dah menopous & anak ramai jadi rahim jatuh sebab kerap beranak.

*Kedudukan rahim dan bentuk rahim juga mempengaruhi sukar @ senang hamil.

*Sengugut : Wanita yang sengugut sejak kali pertama period pada usia remaja sehingga kini sebenarnya SUBUR, tapi kalo tak penah sengugut tetiba lepas kahwin sengugut tu bukan tanda subur tapi ada masalah lain (sila dapatkan pemeriksaan doktor)

*Kemuncak subur pada umur 24tahun dan menurun sket demi sket sehingga umur 30an tahap kesuburan menjadi rendah dan seterusnya.

*30% punca ketidaksuburan dari LELAKI, 30% punca ketidaksuburan dari PEREMPUAN, 30% punca ketidaksuburan dari LELAKI DAN PEREMPUAN, 10% punca ketidaksuburan tidak dpt dkenalpasti.

*LELAKI YANG MEROKOK juga antara penyebab ketidaksuburan sbb sperma tidak seaktif lelaki yg tidak merokok.

DOA UTK MENDAPAT ZURIAT:
- Surah Al Imran Ayat 38
- Surah Al Anbiya Ayat 89

Kata Ustazah Siti Nor Bahyah & Prof Madya Dr Harlina
“Bila semua sudah usaha tapi masih tak dapat zuriat maka REDHA kerana syurga ganjaran yang menanti. Dunia adalah UJIAN. Ujian yang dah ditetapkan olh Allah utk kita inshaAllah boleh lulus, jadi jangan minta ujian orang lain yang pasti kita takkan lulus”

Renungan bersama :)

Notes :
Ada pemanggil semalam share kisah dia. Dia lahirkan anak pertama dan kedua di Syria. Masa melahirkan anak kedua secara normal, ntah mcm mana uri dia naik ke atas dan mengalami pendarahan teruk. Doktor menyarankan utk potong rahim (buang rahim). Sape yang tak sedih kan bila jd perempuan tanpa rahim. Tapi pemanggil nie cukup2 Eimy salute dan buat insaf bila dia sebut ayat lebih kurang mcm nie "Rahim itu cuma pinjaman kepada kita, Allah meminjamkan ke dalam tubuh saya utk diberikan zuriat 2 org lelaki dan perempuan. Kemudian tiba masanya Allah ambik semula hak Dia. Sy REDHA dan syukur sbb Allah da berikan sy 2 org anak". Ustazah ada sebut "Rahim sebenarnya bukan harga diri utama kita tp rahim adalah tambahan harga diri kita".

*doktor ckp bila kita terlalu mengharap, rezeki anak tidak/susah dtg..bila kita da xberharap, rezeki akan dtg sbb stress boleh menyebabkn hormon kita terganggu.

#da try lumiglow???



Aida Ikmal said…
@isabelle: thanks babe.. memang cuba untuk tak fikirkan sangat.. yg penting usaha dan doa ;)

@eimy: thanks for your support babe.. ada jg member suggest lumiglow tapi tak berkesempatan nak try lagi.. memang berkesan kah??

Popular Posts