Ovulasi dan Anovulasi

Buat yang merancang untuk mendapatkan anak, amat penting untuk kita memahami waktu subur kita kerana ia meningkatkan peluang kehamilan (dan juga sebaliknya sekiranya mahu merancang keluarga). Waktu subur ini lebih dikenali sebagai OVULASI. 

Berikut adalah sedikit info mengenai ovulasi dan anovulasi (taken from here):

Apa itu OVULASI?

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.

Fakta utama ovulasi
  • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
  • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setiap kali ovulasi.
  • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
  • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
  • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovulasi.
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
  • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
  • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
  • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
  • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara paling terbaik untuk mengetahui waktu ovulasi tentulah dengan merekod waktu period kita (biasanya 12-16 hari before the next expected period). Selain tu kita juga boleh menggunakan ovulation predictor kits (OPK) ye kawan-kawan.



Tapiiiiiiiiiiiiii.. camne pulak kalau kes PCOS macam aku ni? Well, memang susah nak pinpoint waktu ovulation sebabnya period tak tetap huhu.. kadang-kadang ada, kadang-kadang takde sebab tu susah nak pregnant. Keadaan di mana tiada telur yang matang dilepaskan untuk persenyawaan dipanggil ANOVULASI.

Apa itu ANOVULASI?

Anovulasi adalah satu keadaan dimana wanita yang tidak menghasilkan telur matang seterusnya ovulasi tidak berlaku. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang ke dalam salur fallopian setiap bulan. Di sini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah yang lain, kehamilan akan berlaku. Wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.

Sebab-sebab Anovulasi

Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak atau otak tidak mempunyai cukup signal merangsang tumbesaran folikel seteruskan ovulasi. Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:
  • Menyusu badan
  • Terlalu gemuk atau telalu kurus
  • Terlalu banyak senaman
  • Anorexia atau bulimia
  • Tekanan
  • PCOS (sebab utama 80%)
  • Masalah tiroid
  • Masalah kelenjar pituitari
  • Masalah berlebihan hormon prolaktin
Rawatan

Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut. Ubatan-ubatan yang boleh membantu merangsang ovulasi termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk pengidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan biasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seriously, dulu waktu single dan awal-awal kahwin tak pernah bother pasal benda ni until aku sendiri mengalami masalah sukar hamil. Harap info ini dapat membantu rakan-rakan memahami tentang what's going on in our body! Who says being a woman is easy??

p/s: Thanks buat semua sahabat dan kaum keluarga yang tak putus-putus memberi kata-kata semangat dan juga pelbagai petua buat aku dan suami dalam usaha TTC kami! :-)

Comments

Popular Posts